Sunday, May 3, 2009

.:: Aktiviti 2 ::.

Refleksi ke atas masalah dalam diri anda :
  • Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
  1. Bersikap positif dan aktif.
  2. Mengawal keyakinan diri.
  3. Pengurusan masa yang lebih efektif.
  4. Sifat kepimpinan dalam diri.

Dan rancang pelan tindakan untuk menambah baik :

  • Matlamat ( Umum )
  1. Menjadi seorang khalifah Allah yang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan musleh, anak, pelajar dan bakal guru yang proaktif, berkaliber, berkeyakinan dan motivasi tinggi serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
  • Senaraikan objektif
  1. Memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
  2. Memahami konsep insan cemerlang dalam hidup.
  3. Menilai tahap keyakinan dan motivasi dalam diri.
  4. Pengislahan diri menjadi seimbang dari aspek JERI.

Pelan Tindakan :

  • Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
  1. Melatih diri menjadi seorang yang positif dan aktif dengan penglibatan dalam kelas dan aktiviti luar.
  2. Tidak berasa terlalu atau kurang yakin terhadap aktiviti-aktiviti yang bakal ditempuhi- mengawal tahap keyakinan dalam diri dengan sewajarnya.
  3. Membuat persiapan dan persediaan diri lebih awal - bukan 'last minute' atau rileks2 jer...
  4. Membangunkan sikap produktif dan kepimpinan dalam diri - menjalankan segala amanah yang diberikan dengan sebaiknya.
  • Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
  1. meminta kritikan dan pandangan dari rakan-rakan.
  2. melihat kesan dan implikasi bagi setiap tindakan yang dilakukan - samada positif atau negatif.
  3. muhasabah setiap tindakan yang dilakukan sepanjang hari pada setiap malam sebelum tidur.
  • Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan
  1. jadual muhasabah diri - dari segi ibadat, tugasan/ assignment dan aktiviti harian.
  2. checklist perkara-perkara yang perlu ditekankan.
  • Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai
Melalui jadual muhasabah dan checklist yang disediakan, saya akan menilai segala perancangan dan pelaksanaan perkara tersebut samada ia dapat mencapai objektif dengan baik atau sebaliknya.


~ Semoga segala pelan tindakan yang telah dirancang ini mendapat keberkatan dariNya. Firman Allah Taala dalam Al-Quran yang bermaksud : "Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalangi (menerima pahala) nya ;dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertaqwa" ..surah ali 'imran:115.. ~

No comments:

Post a Comment