Showing posts with label Ulasan Buku. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku. Show all posts

Saturday, May 23, 2009

.:: TaJuK BuKu SaYa ::.

















Nama Pengarang : Geoffrey E.Mills
Tahun Terbitan : 2007 ( Edisi Ke-3 )
Tajuk Buku : Action Research : A Guide for the Teacher Researcher
Negeri Penerbit : Upper Saddle River, New Jersey
Nama Penerbit : PEARSON - Merrill Prentice Hall

Buku ini dipinjam dari : Library International Islamic University Malaysia (IIUM)

Saturday, May 9, 2009

.:: Ringkasan Buku ::.

Ringkasan

Secara umumnya, buku ini menyediakan panduan 'step-by-step' bagaimana untuk mendekati kajian tindakan yang disokong oleh teori-teori yang meluas dan liputan penyelidikan yang telah wujud di pasaran pada hari ini. Penulis memberi panduan ini kepada bakal guru serta guru-guru yang sedia ada tentang proses kajian tindakan melalui pelbagai gambaran-gambaran yang konkrit dan kaya dengan sumber maklumat dari internet, serta meletakkan kajian tindakan ini sebagai komponen asas pengajaran disamping taksiran pembangunan kurikulum dan pengurusan bilik darjah. Perubahan utama yang telah dibuat dalam edisi terbaru ini adalah :

  • Liputan seimbang bagi Teknik Pengumpulan Data Kualitatif dan Kuantitatif.
  • Liputan seimbang bagaimana menganalisis kedua-dua data - kualitatif dan kuantitatif.
  • Menyusun kembali penulisan dan penyelidikan tindakan - kongsi, kritik dan penggayaan.
  • Mengasingkan sepenuhnya mengenai isu-isu etika, prinsip dan garis panduan.