Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, May 26, 2009

.:: Kuliah 5 ::.

Minggu Ke-5
Hjh Halimah Harun

EDUCATION IS SHARING PROFESSION








Aktiviti 1 : Kenali pelajar anda..

Sediakan kertas A4 dan jawab soalan berikut :

1. Nama dan no.matrik
2. Alamat Tetap
3. Status dan no.telefon
4. Bidang pengkhususan
5. Mengapa anda ingin menjadi guru?
6. Guru yang anda sukai dan mengapa?
7. Guru yang anda benci dan mengapa?
8. Apakah tugas guru?
9. Lukiskan gambar pokok
10. Tandatangan dan tarikh lahir


Aktiviti 2 : Refleksi Seminar Pendidikan Serantau ke-4 UKM-UNRI 2009 di Klana Resort, Seremban Negeri Sembilan.

Ahli Kumpulan : 1. Nawal Bt Samsudin
2. Ainul Yaqin Bt Abdullah

Tajuk : Analisis kompentesi pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam bidang pengurusan sekolah menengah Malaysia.

Pembentang : Bity Salwana Hj. Alias
Sesi : Selari 1 A
Tempat : Ballroom


Tugasan

Bentuk 1 kumpulan yang terdiri dari 5 orang pelajar berlainan pengkhususan dan jantina. Sediakan 1 proposal kajian tindakan. Hantar pada Hari Khamis di kotak surat No.15..

Ahli Kumpulan : 1. BadrolHisham Majid
2. Nawal Samsudin ( Ketua)
3. Nurul Syuhada Mohd Muzni
4. Ainul Yaqin Abdullah
5. Hasmalina Hamzah

Tajuk yang telah kami persetujui bersama ialah 'Teknik Pembacaan Al-Quran bagi menangani masalah disiplin di Sekolah Menengah Sri Al-Amin"

Sunday, May 10, 2009

.:: Aktiviti 1 - berkumpulan ::.

Tugasan :

Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama : 1 kumpulan 3 orang - lantik ketua, pembentang dan pencatat.

Ahli kumpulan :

Nurul Huda Hashim ( Ketua )

Ainul Yaqin Abdullah ( Pembentang )

Siti Nursyahida Saad ( Pencatat )

Refleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.

Cadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.

Tajuk : Ibadat ( Bersuci Daripada Najis )

Masalah :


1. Guru terlalu bergantung kepada persembahan multimedia (powerpoint) sehingga kurang kepada Bahan Bantu Mengajar (BBM) konvensional.


2. Demonstrasi yang dijalankan kurang berkesan kerana tidak melibatkan semua pelajar. Kebanyakan demo yang dilakukan tidak sebenar-benarnya. Adakalanya guru hanya menjelaskan cara bersuci melalui teori semata-mata (teknik kuliah) mengakibatkan pelajar kurang bermotivasi untuk mengetahui dengan lebih terperinci.


3. Ada juga sebilangan guru yang kurang menguasai dan kurang pengetahuan tentang sesuatu tajuk.


4. Rujukan hanya bergantung kepada Buku Teks semata-mata.


5. Sesetengah guru kurang mengadakan aktiviti yang boleh membangkitkan semangat pelajar untuk belajar, menjadikan pelajar cepat berasa jemu dan bosan.


Strategi :


1. Wujudkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berbentuk konvensional selari dengan Teknologi maklumat supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.


2. Guru seharusnya membuat demonstrasi dengan melibatkan semua pelajar supaya mereka dapat memahami dengan lebih baik. Demonstrasi boleh dijalankan secara membahagikan mereka dalam bentuk berkumpulan.


3. Guru mestilah menguasai sesuatu topik supaya lebih mudah untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Guru juga seharusnya mengkaji dan studi terlebih dahulu sebelum memberi penerangan kepada pelajar.


4. Rujukan yang digunakan hendaklah dipelbagaikan dengan merujuk buku-buku mahupun kitab lain supaya sebarang persoalan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah.


5. Guru semestinya kreatif dalam mewujudkan aktiviti supaya dapat menarik perhatian pelajar di samping dapat membuat penilaian sejauhmanakah kefahaman pelajar terhadap sesuatu tajuk pelajaran.

.:: Aktiviti 3 ::.














Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan.


1. Kerana ingin mengekalkan adat dan tradisi yang telah dipegang sekian lama
2. Telah berpuas hati dengan apa yang sedia ada

3. Tidak yakin dengan perubahan tersebut sama ada berubah secara positif atau sebaliknya
4. Tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk melakukan perubahan

5. Tiada daya saing
6. Berkira dari segi tenaga, masa dan kos
7. Takut dicemuh oleh pihak lain

8. Tidak dapat menerima perubahan secara mendadak



Bincangkan cara penyelesaiannya.

1. Sekiranya tidak bercanggah dengan syariat haruslah berubah kepada yang lebih baik
2. Harus mengkaji sejauh mana tahap sedia ada boleh membuatkan kita berpuas hati

3. Setiap perubahan pasti ada risiko tersendiri dan memerlukan keberanian untuk berubah

4. Memerlukan ilmu yang secukupnya untuk mengkaji sebarang perubahan sebelum bertindak

5. Kejayaan memerlukan semangat daya saing untuk berubah
6. Perubahan memerlukan pengorbanan yang memerlukan tenaga, masa dan kos

7. Yakin dengan sebarang tindakan perubahan yang dilakukan
8. Perubahan tidak boleh secara mendadak namun secara perlahan-lahan dan lebih berkesan

Sunday, May 3, 2009

.:: Aktiviti 2 ::.

Refleksi ke atas masalah dalam diri anda :
  • Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
  1. Bersikap positif dan aktif.
  2. Mengawal keyakinan diri.
  3. Pengurusan masa yang lebih efektif.
  4. Sifat kepimpinan dalam diri.

Dan rancang pelan tindakan untuk menambah baik :

  • Matlamat ( Umum )
  1. Menjadi seorang khalifah Allah yang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan musleh, anak, pelajar dan bakal guru yang proaktif, berkaliber, berkeyakinan dan motivasi tinggi serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
  • Senaraikan objektif
  1. Memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
  2. Memahami konsep insan cemerlang dalam hidup.
  3. Menilai tahap keyakinan dan motivasi dalam diri.
  4. Pengislahan diri menjadi seimbang dari aspek JERI.

Pelan Tindakan :

  • Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
  1. Melatih diri menjadi seorang yang positif dan aktif dengan penglibatan dalam kelas dan aktiviti luar.
  2. Tidak berasa terlalu atau kurang yakin terhadap aktiviti-aktiviti yang bakal ditempuhi- mengawal tahap keyakinan dalam diri dengan sewajarnya.
  3. Membuat persiapan dan persediaan diri lebih awal - bukan 'last minute' atau rileks2 jer...
  4. Membangunkan sikap produktif dan kepimpinan dalam diri - menjalankan segala amanah yang diberikan dengan sebaiknya.
  • Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
  1. meminta kritikan dan pandangan dari rakan-rakan.
  2. melihat kesan dan implikasi bagi setiap tindakan yang dilakukan - samada positif atau negatif.
  3. muhasabah setiap tindakan yang dilakukan sepanjang hari pada setiap malam sebelum tidur.
  • Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan
  1. jadual muhasabah diri - dari segi ibadat, tugasan/ assignment dan aktiviti harian.
  2. checklist perkara-perkara yang perlu ditekankan.
  • Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai
Melalui jadual muhasabah dan checklist yang disediakan, saya akan menilai segala perancangan dan pelaksanaan perkara tersebut samada ia dapat mencapai objektif dengan baik atau sebaliknya.


~ Semoga segala pelan tindakan yang telah dirancang ini mendapat keberkatan dariNya. Firman Allah Taala dalam Al-Quran yang bermaksud : "Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalangi (menerima pahala) nya ;dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertaqwa" ..surah ali 'imran:115.. ~