Showing posts with label Nota Kuliah. Show all posts
Showing posts with label Nota Kuliah. Show all posts

Tuesday, June 9, 2009

.:: Pengumpulan Data ::.


  • ada pelbagai teknik tapi tidak janjikan kualiti dapatan kajian.
  • penyelidikan tindakan tidak akan menjadi kecuali ianya dilakukan dengan sempurna
  • sehubungan dengan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih
3 sebab perlu mencapai kualiti tinggi :

  1. Tanggungjawab kepada pelajar ( MENGAJAR ITU AMANAH )
  2. Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
  3. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat ( menambah ilmu pengetahuan ) dengan melakukan penyelidikan tindakan
Kriteria Kualiti

  • serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain
  • 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan
  • kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan
Kesahan : merujuk kepada kebenaran data dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji

Kebolehpercayaan : ketepatan data - masalah berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil. Sehubungan dengan itu untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu bertanya :
  • adakah maklumat itu merupakan perwakilan tepat realiti?
  • bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

5 Tahap Penyelidikan :

  1. Mengenalpasti masalah
  2. Perancangan Tindakan
  3. Mengumpul Data
  4. Analisis Data
  5. Perancangan untuk tindakan seterusnya

Thursday, May 14, 2009

.:: KULIAH 4 ::.















.:: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN ::.



Kajian tindakan

  • buat penambahbaikan dari masa ke semasa
  • dilakukan oleh individu itu sendiri ( tiada hipotesis )

Kajian eksperimental

  • orang lain yang lakukan kajian tersebut


Apakah yang dimaksudkan dengan kajian tindakan ?

guru meneliti, menyelidik, dan mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan:
  • - penambahbaikan ( bagaimana suatu teknik, kemahiran dan strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar )
  • - perkembangan profesional







































Sunday, May 10, 2009

.:: PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN ::.

TARIKH KULIAH : 4 MEI 2009
PENSYARAH : DR.IZHAM

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

  • Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.
  • Menurut Oliver (1996) dalam buku 'The Management of Educational Change : A Case Study Approach', perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

JENIS PERUBAHAN

  • Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis :
  1. Perubahan Ke Arah Peningkatan
  2. Perubahan Strategik Organisasi
  3. Perubahan Reaktif
  4. Perubahan Akibat daripada Jangkaan

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

Perubahan dikaitkan dengan Evolusi & Revolusi

  1. Evolusi - perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
  2. Revolusi - perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasakan.

PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI

Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami :

  1. Tujuan Perubahan
  2. Unit Perubahan
  3. Sifat Perubahan
  4. Magnitud ( Saiz ) Perubahan
  5. Skop Perubahan
  6. Jangkamasa Perubahan

MODEL-MODEL PERUBAHAN

  1. Model Penggabungan Roger.
  2. Model Kanter.
  3. Model Rand.
  4. Model Acot.

Saturday, April 25, 2009

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Terdapat empat langkah-langkah asas yang perlu dipatuhi semasa melakukan kajian tindakan iaitu :-

  1. Merancang ( Planning )
  2. Bertindak ( Action )
  3. Memerhati ( Observing )
  4. Merefleksi ( Reflecting )

Langkah-langkah ini dilakukan secara teratur dan mengikut urutan dalam bentuk gelungan.

Kajian Tindakan mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintis jalan bagi menangani pelbagai masalah P&P.


Dalam Kajian Tindakan, guru sebagai penyelidik mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya.

Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.

Apabila seseorang guru mengamalkan Kajian Tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itu juga turut meningkat.