Tuesday, June 9, 2009

.:: Pengumpulan Data ::.


  • ada pelbagai teknik tapi tidak janjikan kualiti dapatan kajian.
  • penyelidikan tindakan tidak akan menjadi kecuali ianya dilakukan dengan sempurna
  • sehubungan dengan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih
3 sebab perlu mencapai kualiti tinggi :

  1. Tanggungjawab kepada pelajar ( MENGAJAR ITU AMANAH )
  2. Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
  3. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat ( menambah ilmu pengetahuan ) dengan melakukan penyelidikan tindakan
Kriteria Kualiti

  • serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain
  • 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan
  • kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan
Kesahan : merujuk kepada kebenaran data dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji

Kebolehpercayaan : ketepatan data - masalah berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil. Sehubungan dengan itu untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu bertanya :
  • adakah maklumat itu merupakan perwakilan tepat realiti?
  • bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

5 Tahap Penyelidikan :

  1. Mengenalpasti masalah
  2. Perancangan Tindakan
  3. Mengumpul Data
  4. Analisis Data
  5. Perancangan untuk tindakan seterusnya

No comments:

Post a Comment