Saturday, April 25, 2009

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Terdapat empat langkah-langkah asas yang perlu dipatuhi semasa melakukan kajian tindakan iaitu :-

  1. Merancang ( Planning )
  2. Bertindak ( Action )
  3. Memerhati ( Observing )
  4. Merefleksi ( Reflecting )

Langkah-langkah ini dilakukan secara teratur dan mengikut urutan dalam bentuk gelungan.

Kajian Tindakan mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintis jalan bagi menangani pelbagai masalah P&P.


Dalam Kajian Tindakan, guru sebagai penyelidik mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya.

Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.

Apabila seseorang guru mengamalkan Kajian Tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itu juga turut meningkat.

1 comment: